MUSLIMAH menunggu solat Jumaat dimulakan
Los Angeles: Lebih 100 Muslimah berhimpun untuk menunaikan solat Jumaat di masjid yang dikhususkan bagi wanita di bandar ini, baru-baru ini.
Masjid khas untuk wanita lazim dilihat di China, Chile dan India, namun itu kali pertama ia diadakan di Amerika Syarikat (AS).
Solat Jumaat untuk wanita yang lalu turut menjadi pelancaran Masjid Wanita Amerika, organisasi tanpa keuntungan yang turut diharap dapat menyediakan ruang untuk wanita Islam bertemu, mendalami agama serta merapatkan hubungan persaudaraan.
Pakar kardiologi Yasmeen Ruhge yang menghadiri solat Jumaat itu berkata, selama ini mereka tiada forum khas.
“Apabila menghadiri masjid bersama kaum lelaki, sudah pasti kami perlu duduk berasingan.
“Di masjid ini kami boleh duduk serta berbincang dengan bebas seterusnya mewujudkan persekitaran yang secara tidak langsung mengukuhkan peranan kami sebagai wanita Islam,” katanya -Agensi
Post a Comment