Kerana Rasa Diri Hodoh, Amylea AF Hampir Cederakan Diri Sendiri? 


RALAT: Kami memohon maaf di atas penggunaan tajuk yang salah dalam artikel Amylea sebelum ini. Kesilapan tersebut amat dikesali dan sama sekali di luar jangkaan.*Di dalam artikel ini, Amylea tidak pernah menyebut dia hampir bunuh diri kerana merasakan dirinya hodoh


 



Sifat rendah diri yang melampau bukan satu perkara yang boleh diambil ringan sebenarnya kerana jika ianya sangat mempengaruhi keputusan yang dibuat dalam hidup seseorang, adakalanya ia boleh mendatangkan mudarat kepada empunya badan.


Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Amylea AF Azizan mengakui yang beliau memang mempunyai sifat rasa rendah diri yang melampau dan tidak yakin dengan penampilan dirinya dan hampir berputus asa untuk terus berada dalam industri hiburan.


Kerana Rasa Diri Hodoh, Amylea AF Hampir Membunuh Diri?

Kerana Rasa Diri Hodoh, Amylea AF Hampir Membunuh Diri?


“Sejak dari dulu lagi saya memang mempunyai rasa rendah diri yang melampau. Saya cederakan diri sendiri sebab mengikutkan emosi tetapi semuanya kembali pulih selepas menyertai AF. Namun ia sedikit demi sedikit kembali menghantui saya selepas habis pertandingan tersebut”


“Saya memang rasa kecewa dengan penerimaan umum yang asyik mempertikaikan penampilan dan rupa saya. Tetapi mereka kata mereka tahu kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kadangkala fikir tak tahu sampai bila senario begini akan habis,” ujarnya kepada portal Murai.


Namun dengan niat untuk kembali mewarnai dunia hiburan, Amylea AF telah mengubah penampilan beliau sejajar dengan imej muzik yang ingin diketengahkan nanti dan melalui akaun Instagram beliau, kami boleh lihat penyanyi ini kini semakin anggun bergaya.


Sumber : Rotikaya



Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.